Sabtu, 2 Jun 2012

It's time to change!!!



Susahnya nak berubah! Memang dari dulu lagi macam ni. Tak tau la nak cari semangat dari mana lagi untuk berubah ni. Walaupun keadaan sekarang dah macam ni (dah dekat sangat dengan mati) tapi still payah nak berubah. Sembahyang kenkadang masih tertinggal, tabiat buang masa masih berlaku, main game still tak ingat dunia, membazir duit tetap berlaku, kurang meluangkan masa yang berkualiti dengan family tetap jugak jadi dan rokok still jadi halwa kat mulut aku nih.  Apa yang dah aku tak buat skrang nih cuma seks contact ngan golongan berisiko STD je. Kat mana silapnya lagi yek? Masa dok dalam wad tu boleh plak aku berhenti merokok, keluar je wad, hisap sebatang dua dengan niat nak berhenti tapi sekarang nih dah kembali tegar. Apa pun tak bolehlah aku nih…
Sebenarnya aku nih dari umur 12 tahun lagi dah takut dengan penyakit nih. Tapi masih juga buat benda2 yang berisiko tinggi terdedah dengan penyakit nih. Bila lepas buat, mula menyesal dan takut dengan dosa dan takut kena penyakit. Opsss.. jangan salah faham, bukan bermakna dari umur 12 tahun aku dah melakukan aktiviti berisiko yer. Bila sekarang ni dah hidup sebagai PLHIV nih, mula-mula memang rasa end of life tapi bila memikirkan masa depan anak-anak, aku mula mengutip kembali semangat yang bertaburan untuk terus hidup. Credit to bro AHP and his blog www.akuhivpositif.blogspot.com. Juga untuk Positive Warrior yang lain. Dari penulisan diaorang la yang membuatkan aku rasa masih ada sesuatu yang boleh aku lakukan buat keluarga aku. Kalau bro AHP masih mampu membahagiakan Kak Da & Kak Lifejacket serta anak-anaknya. Moga-moga aku diberi kekuatan, kesihatan dan kemudahan untuk menjadi seperti beliau.