Susahnya nak berubah! Memang dari dulu lagi macam ni. Tak tau
la nak cari semangat dari mana lagi untuk berubah ni. Walaupun keadaan sekarang
dah macam ni (dah dekat sangat dengan mati) tapi still payah nak berubah.
Sembahyang kenkadang masih tertinggal, tabiat buang masa masih berlaku, main
game still tak ingat dunia, membazir duit tetap berlaku, kurang meluangkan masa
yang berkualiti dengan family tetap jugak jadi dan rokok still jadi halwa kat
mulut aku nih. Apa yang dah aku tak buat
skrang nih cuma seks contact ngan golongan berisiko STD je. Kat mana silapnya
lagi yek? Masa dok dalam wad tu boleh plak aku berhenti merokok, keluar je wad,
hisap sebatang dua dengan niat nak berhenti tapi sekarang nih dah kembali
tegar. Apa pun tak bolehlah aku nih…
Sebenarnya aku nih dari umur 12 tahun lagi dah takut dengan
penyakit nih. Tapi masih juga buat benda2 yang berisiko tinggi terdedah dengan
penyakit nih. Bila lepas buat, mula menyesal dan takut dengan dosa dan takut
kena penyakit. Opsss.. jangan salah faham, bukan bermakna dari umur 12 tahun
aku dah melakukan aktiviti berisiko yer. Bila sekarang ni dah hidup sebagai
PLHIV nih, mula-mula memang rasa end of life tapi bila memikirkan masa depan
anak-anak, aku mula mengutip kembali semangat yang bertaburan untuk terus hidup.
Credit to bro AHP and his blog www.akuhivpositif.blogspot.com.
Juga untuk Positive Warrior yang lain. Dari penulisan diaorang la yang
membuatkan aku rasa masih ada sesuatu yang boleh aku lakukan buat keluarga aku.
Kalau bro AHP masih mampu membahagiakan Kak Da & Kak Lifejacket serta
anak-anaknya. Moga-moga aku diberi kekuatan, kesihatan dan kemudahan untuk
menjadi seperti beliau.
sebenarnya nak berubah terletak pada tekad hati.
BalasPadamtak kiralah diuji atau tidak.
cuma alangkah malang selepas diuji dan diberi peringatan masih lalai.
berubah pula biarlah atas kerelaan sendiri. jgn terus ubah segala2nya secara mendadak.
sbb tu kita perlukan komuniti yg betul untuk saling mengingati.
saya juga sama seperti sahabat.
ada masa perubahan tersebut berlaku dgn baik, ada kalanya terkulai tapi saya tetap bangkit berusaha. saya tak mahu mati sebagai seorang yg rugi dan tewas sebelum masanya.
pe2 pun be yrself tetapi dgn cara yg lebih baik dari sebelumnya.
jgn risaulah pasal hiv. ianya umpama selsema.
sgt mudah dirawat dan dikawal.
yg lebih risau ialah sikap kita berdepan dgn ujian Allah.
Betul kata AHP, biarlah berubah atas kerelaan dan jgn terus berubah segala²nya secara mendadak.
PadamJgn sesekali menyeksa diri En sendiri.
Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui akhir hidup kita
terima kasih atas nasihat bro AHP. Kawan mmg amat memerlukan komuniti ini, bkn sahaja demi sokongan sendiri namun ada impian utk bantu org lain. walau camne pun 1stly, kawan kena adjust family dulu.. walaucamne pun ayat nih mmg best la bro.. bleh buat tagline nih aya tetap bangkit berusaha. "saya tak mahu mati sebagai seorang yg rugi dan tewas sebelum masanya.".
BalasPadamnasihat2 yang AHP beri nih, buat makin kawan tak sabar nak bertandang ke temerloh nih, tapi kena belanja makan ikan patin lar... he he he
senang je, try la..cuba buat solat taubat sebelum tidur, setiap hari. insyaallah mudah sembahayang. kalau tak pun, bila dah rasa..aii..apsal susah sangat nak solat ni...masa tu..try solat..then..buat solat taubat..2 rakaat, tu je. pastu try ngaji ..setiap hari walupun seayat. try test dulu tengok..hehe
BalasPadamsedang dalam proses cuba kuasa tiga (cuba try test) tengok jugak... he he he
PadamMasing2 ada dugaan yang perlu kita lalui... dugaan awak berbeza dengan dugaan yang saya tanggung... apa pun banyak2 berdoa pada Allah. Bagi diri saya tiap detik jika teringat nak buat benda yang tak elok saya segera ingatkan Allah dan minta perlindungan, kesilapan masih terus terusan kita lakukan, kita perlu banyak beserah pada Allah :)
BalasPadambetl tu najmi tapi apabila kesilapan yang sama berulang kenkadang buat saya malu dgn Allah.
PadamYa memang malu nak berulang2 minta ampun pada Allah kan... itu juga yang saya rasa, kdg2 bila dah terlanjur memang malu nak sujud bersolat minta ampun...rasa macam solat kita dan rayuan kita tak diambil kisah Allah lagi... tapi semua tu mainan syaitan yang suruh kita jangan minta ampun dr Allah, bagi saya, saya tetap paksa diri untuk lakukan solat taubat juga...jika terlanjur...
PadamInsyallah di mana ada kemahuan, azam dan tekad insyallah pasti boleh..
BalasPadammohon doa dan sokongan rakan2 yek....
Padamjauhi rok0k..tu yg terbaik...
BalasPadamMr. F,
BalasPadamSalam kenal, jgn hisap rokok!!!
Nanti bro blh contact sy? amirul_hakimramli@yahoo.com
BalasPadam