Recent Posts

Sabtu, 26 Mei 2012

Berilah aku kekuatan Ya Allah.....

Sekarang nih aku punya semangat memang tengah down abis. Badan kena gatal2. Abih calar balar dan berbekas kena garu. Bile kena sakit macam nih, memang confident level down abis. Rasa merenyam satu badan mintak digaru. Kalau dah berkudis sana sini, memang tak yakin nak berhadapan dengan orang. Takut orang tanya atau syak macam-macam. Lagi satu risau takut-takut melarat jadi macam satu patient yang dekat ngan aku masa dalam wad dulu. Abis mengelupas satu badan dia. Kalo dah macam tu memang kena duduk wad lagi dan tak tahu la boleh baik lagi atau tidak. Harap-harap dijauhkan la. Kalau la ada rakan2 yang boleh berkongsi pengalaman atau cerita sekarang nih, kan lebih bagus. Memang ada rakan yang bertanya kenapa ko ni asik mengaru je, Apa yang boleh aku kata, kulit aku nih dah sensitif sebab allergies ubat ari tu. Tapi tak tau la sampai bila alasan macam tu boleh diguna pakai.
Masalahnya bila jumpa doktor kulit last appoinment, dia pun tak tahu sebab apa. Dia kata mungkin sebab CD4 aku terlalu rendah kot. Ada ke dikalangan PLHIV yang CD4 rendah memang kena gatal-gatal macam ni. Bile dah confident level low macam ni, hilang terus semangat nak buat apa2, nak bekerja, nak bercampur gaul ngan kawan2, nak berjumpa ngan orang. Kalau boleh nak terperap je kat dalam rumah. Ya Allah, biar la aku mati dengan penyakit yang lain. Jangan la aku pergi dengan penyakit kulit yang teruk. Kalau aku pergi dengan penyakit kulit, macam mana dengan keluarga aku nanti. Pasti mereka akan menerima buruk sangka dari orang lain. Berilah aku semangat dan kekuatan untuk menempuh ujian ini Ya Allah... Amin....

8 ulasan:

  1. MR. F,

    saya pun mengalamai simptom yang sama seperti anda. memang itu side effect ubat yang kita makan. apa yang saya buat, saya sapukan krim pelembab setiap hari sbb taknak bagi kering. saya bawak krim tu ke mana saja. sebab bila kulit kita kering, tu yg jadi gatal.

    doc kulit pun bagi jawapan yang sama. alhamdulillah, lps setahun, masalah gatal2 dah hilang, cuma sekarang ni masalah parut pulak. parut ini, adalah akibat kesan menggaru yg ekstrem semasa tengah ada simptom kulit gatal.

    org tanya, mmg jawapan standard diberi. "allergik, seafood". "dah tua, ni mmg parut lambat ilang, doc ckp mcm tu". "ubat ni (HAART), adalah supplement utk hilangkan parut, tapi amik masa utk parut ilang."

    itulah, jawapan saya kpd mereka yg bertanya, sampai naik letih nak jawab. tapi saya ada ikhtiar juga. saya ambik vitamin c, multivitamin, madu, jus delima sbb supplement saya. tadela nampak obvious sgt amik HAART. malas nak explain kpd mereka yg tak paham dan juga utk kurangkan spekulasi

    saya juga, ada buat skin treatment, utk pudarkan parut. saya setuju, bila byk parut2 ni esp di muka, memang rasa rendah diri tapi inilah dugaan utk kita. saya sentiasa bersyukur, yg saya masih sihat fizikal tubuh badan saya, utk bekerja. itupun antara nikmat yg sgt saya syukuri. apa lah sangat parut di muka. jika tidak bekerja, bagaimana, saya ada belanja untuk ambil supplement dan rawatan kulit.

    ini cuma pandangan saya dan bagaimana saya mengatasi kemelut dlm diri saya sendiri

    -uzzi-

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa kena gatal2 tu CD4 awak brape yek? rendah macam saya gak?

      Mr. F

      Padam
  2. moga awak kuat semangat ya, janganlah fikir mati pasal benda ni, keluarga awak perlukan awak. Awak sakit tapi masih ada keluarga, ringan sikit dari ujian orang yang dahlah sakit, seorang pula tu.

    BalasPadam
  3. saya baru berkesempatan membaca secara tergesa2 bolg awak ni... nanti bila senang saya akan cuba baca dengan lebih teliti.
    Ya kemungkinan kerana CD4 rendah gatal2 tu muncul, lain orang lain kesan nya... usah risau makan ubatan secara teratur insyaallah gatal2 tu akan hilang...

    BalasPadam
  4. dark angel,
    sorang atau ada keluarga masing2 ada kelebihan dan kekurangannya, kalau berseorangan nih jadi apa2 kat kita, kita tanggung sendiri, tak perlu nak fikirkan orag lain, everything will be on me! Kalau bekeluarga plak, semuanya harus difikirkan. Walau macam mana pun, kita kena terima dan bersyukur dengan apa yang ada dan dah memang ada kat kita nih... he he he he

    Naj Mi,
    harap2 memang macam tu la cuma sekarang nih x larat nak mengaru dan kesan garu tu buat kawan rasa x confident nak berjumpa ngan org ramai. walau mcmmana pun life must go on ya...

    Mr. F

    BalasPadam
  5. klinikal bukan bidang saya walaupun pernah menyaksikan beberapa org sahabat alami keadaan yang sama. lain org, lain masalahnya. sementara tunggu rawatan lanjut tu, memang elok bykkan minum air kosong dan pastikan kuku sentiasa pendek. cuba menggaru dengan hujung jari, jangan dgn kuku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks for d advice bro.. tapi bile kena tempat gatal tu, kalo dah menggaru... pergghhh... sedapnya... kalah stim dadah kot... he he he

      Padam