Recent Posts

Ahad, 20 Mei 2012

Salam Perkenalan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca... err... ada ker org nak baca blog aku nih...

Nampaknya inilah entri pertama aku, tak tahu lar boleh rajin blogging ke tak lepas nih. Sebab blog pertama aku memang dah x dijenguk lagi dah. Harap harap bleh rajin lar sebab bile baca blog rakan2 yang seangkatan denganku nih, semangat nak menjalani hidup meningkat, sambil semangat nak berubah juga bertambah.

Memandangkan ini entri pertama, biar la entri ini jadi entri pengenalan diri aku.

Aku seorang lelaki yang berumur 31 tahun 5 bulan sewaktu entri ini dikarang. So kalau korang baca entri ni lagi 5 or 10 tahun lagi, korang tambah lar sendiri. Aku nih bekerja sebagai machai di sebuah jabatan kerajaan (Alhamdulillah la sebab keje gomen nih, kalo keje swasta, aku rasa dah lama kena buang dah pasal banyak sgt MC). Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahayamata yang comel (ini la kekuatan aku skrang, bile mcm putus asa je, pikir diorg aku jd semangat balik nak idup).

Bile disahkan sebagai PLHIV nih? (aku xnak gunakan virus maut yg slalu org guna, sebab HIV bukan virus yang bleh bawak maut, PLHIV akan maut sebab virus lain, HIV cuma lemahkan imun sistem je beb). Aku disahkan PLHIV nih akhir tahun lepas, lepas buat ujian darah kat Pathlab nih. Lepas kuar result tu je aku amik masa 3 minggu utk bagitahu wife aku, tak lama lepas bagitahu wife aku, aku terus kena masuk wad sebab kena Pneumocystis jiroveci (carinii) pneumonia (PCP) atau lebih senang jangkitan kuman kat paru2 lar. Memang seksa sebab susah nak nafas pastu asik demam je. Aku kena sebab CD4 aku terlalu rendah, 32 je waktu tu. Tapi hikmahnya, aku dapat sokongan dari adik beradik aku berserta isteri aku sendiri. So kalau korang ada HIV (harap2 dijauhkan), terus dapatkan rawatan, jangan nak kena sakit baru nak pegi hospital. Lepas kuar wad, aku kena admitted balik sebab kena allergies ngan ubat yang aku makan. Doktor budjet mungkin bactrim atau stocrin. Aku memang harap allergic ngan bactrim bukan stoctrin.

Sekarang nih, aku dah start rawatan HAART, makan pil Tenvir ngan Stocrin. Esok ada appoinment ngan doktor, kena amik darah lagi. Mintak2 doktor tak kata aku allergic ngan stocrin tu. Kalo allergic lagi, kena start ubat yang bayar Rm 3000 lebih setahun tu. Mana nak cekau beb....Harap-harap esok berlalu tanpa masalah.

3 ulasan:

  1. Kepada rakan2 yang telah memberi ulasan, kawan mohon maaf sesangat sebab terdelete. Maklumlar terlalu terror sgt IT nih. Dah terpadam x taw nak kuarkan balik. he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum
      Salam perkenalan Mr. F
      kalau dah deleted rasa x leh nak kuarkan kot
      hehehehe

      Padam