Selasa, 22 Mei 2012

Sehari dengan appoinment Doktor

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Xde info sangat yang nak dikongsikan lagi, kalo nak banyak info better klik sini. Rasanya kat blog tu lebih banyak info kalau PLHIV yang baru nak cari semangat untuk teruskan hidup boleh dapat. Aku sendiri dapat semangat nak teruskan hidup pun dari blog AHP. Setelah didiagnos sebagai PLHIV, aku pun mula2 rasa end of life, tapi bila baca blog AHP, aku kembali mengutip semangat aku untuk terus hidup demi anak2 aku. Bila anda disahkan ada HIV, bulan bermakna anda akan mati esok. Kita masih boleh meneruskan hidup seperti biasa cuma Allah tarik satu nikmat je dari kita iaitu nikmat seksual suami isteri. Itu pun kalo isteri ko -ve HIV, kalo +ve gak, xde berubahnya.Cuma kena terima rawatan yang sepatutnya.

Entri kali nih aku cuma nak bercerita pasal keadaan aku sekarang nih. Semalam aku baru lepas appointment kat hospital. Pagi ke klinik dermatologi dan petang ke Klinik Infectious Disease atau biasa aku panggil ID la. Sekarang nih keadaan aku semakin ok kot, cuma selsema skit (maybe sebab cuaca kot pastu ditambah plak ngan CD4 aku yg terlalu rendah). Di derma, aku jumpa Dr. Azlina, doktor nih aku nampak macam yakin tak yakin je nak percaya tapi sebab dia doktor dan dia lebih arif pasal masalah kulit so aku kena percaya je lar. Aku kena follow up kat derma sebab aku kena allergies ari tu sehingga kulit aku naik merah2 dan mengelupas. Macam udang kena bakar, kata member aku lar. Sekarang nih kesan merah tu dah xde, cuma kesan merah tu dah jadi hitam je (ituyg menyebabkan aku hilang keputihan kulit aku tu). Aku memang harap sangat aku dah tak kena allergies ngan ubat sebab dulu doktor suspected aku allergies ngan Bactrim @ Stocrin. So sekarang nih, dah 2 minggu makan Stocrin, xde langsung timbul ruam merah cuma sekarang nih aku kena gatal2. Abis dada ngan kaki aku melecet sebab kena garu, bile dah stat garu tu susah plak nak berenti sebab sedap sgt.Gatal2 tu merupakan bintat dan bile dipicit ada kuar air. Doktor Kan kata nih sebab CD4 aku terlalu rendah, Dr Azlina pun  kata gitu sebab dia x taw aku kena apa. Dia kata logic explaination sebab gatal2 nih adalah CD4 aku rendah. Ujian STD semua dah buat, dan resultnya memang negatif. Alhamdulillah.  Aku memeng harap sangat aku x allergies ngan Stocrin sebab Dr Kan kata kalau aku allergic juga ngan Stocrin, dia kena bagi aku ubat lain yang kosnya Rm 3000 lebih setahun. Itu pun sebenarnya cuma cover 3 bulan je, yang lain kerajaan tanggung. Mana nak cekau beb, RM 3 ribu, sekarang nih nak menyimpan pun pengat, apa lagi nak collect 3 ribu. Bactrim tu ubat yg aku makan utk rawat PCP aku, info pasal Bactrim, korang bleh klik sini. So sekarang nih ubat HAART yang aku makan adalah TENVIR EM dan STOCRIN. Dan pil gatal bile perlu (walaupun aku rasa mcm x jalan je ngan pil gatal tu)

TENVIR EM & STOCRIN


Mr. F : Doakan ye kenkawan semua semoga aku x allergies ngan ubat nih.















4 ulasan:

  1. tahniah kerana berkongsi pengalaman. inipun salah satu bentuk terapi.

    sejujurnya saya dapat lihat masih terdapat beberapa kekeliruan tetapi jgn risau, itu sgt2 normal. teruskan berkongsi kerana ianya juga akan meningkatkan kefahaman selain bergaul bersama komuniti.

    "cuma Allah tarik satu nikmat je dari kita iaitu nikmat seksual suami isteri. Itu pun kalo isteri ko -ve HIV, kalo +ve gak, xde berubahnya."

    boleh je teruskan seperti biasa cuma ambillah langkah pencegahan. pastu kalau sama2 positif sekalipun, apa yg saya fhm kena gunakan kondom juga untuk elakkan beberapa perkara. cuba bincang dgn doktor nanti

    BalasPadam
  2. Bro AHP,

    thanks atas nasihat tuan, memang banyak lagi yg kawan kena belajar. Harap dapat bantuan dari rakan2 PLHIV sekalian.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum
    Tahniah dan terima kasih kerana sudi berkongsi bersama melalui penulisan dalam blog ini.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Salam Perkenalan, Tahniah & Terima kasih gak berkongsi kat dalam blog ni.

    BalasPadam